Monday, 21 January 2013

BUTTER CHEESE CAKE

wangi+ sedap+ cheessy

assalamualaikum dan selamat pagi rabu, 
semalam saya go0gle2 cari resipi buat kek keju, sebab krim keju ada lebih dalam peti ais. 
Jadi saya pun mencube resipi dari blog kak @yatiememories, resipi asal nya dari Chef Norzailina.  
 Saya mintak izin untuk kongsikan resipinya disini pula dan mengolah sedikit resipinye mengikut selera saya . Saya mintak maaf  la bunyi nye agak kurang sedap,almaklum la  saya masih mentah dalam dunia blog ni. 
Sila la tegur jika ada yang tersalah dan tersilap ye.. 
Ok, jangan buang masa..

JOM LAYAN RESIPI BAWAH  NI..
Butter cheese kek
170 gm mentega 
125 gm krim keju - saya pakai kesemua krim keju yg ada ( 170g)
 250 gm gula kastor 
5 biji kuning telur
 210 gm tepung serbaguna-ayak
 1½ camca teh serbuk penaik - diayak
 2 camca teh vanila  - saya x letak (lupe)
5 biji putih telur 
1/8 camca teh garam
1/4 cawan susu cair dalam tin - saya tambah
1/4 tsp cream of tartar-saya tambah
Cara2 buat: 
- jangan lupe panaskan oven dulu dengan suhu 160 darjah
- stelah itu, boleh la mula pukul butter+krim keju hingga kembang bersama-masa dengan
  gula kastor. 
- setelah tengok betul-betul kembang + pucah, boleh la masukkan telor merah satu per satu hingga  habis.
- kemudian disusuli dengan susu dan bahan ayak, sedikit demi sedikit sehingga adunan  
  sebati. ( ketepikan adunan ni)
- dalam bekas yang kering dan bersih, pukulkan putih telur+ cream of tartar hingga "peak".
- setelah itu, gunakan teknik kaup balik utntuk sebatikan meringue ke adunan krim keju tadi 
  hingga betul mesra. ( jangan kacau terlalu kuat sangat) 
- akhir sekali,tuangkan adunan ke dalam loyang berukuran 7x7inci yang telah dialasakan   dengan kertas minyak.  Dan bakar dengan suhu 160 darjah selama 1jam 15minit atau  sehingga kek masak. Ikut tahap kepansan oven masing-masing, oven saya agak panas,  jadi saya gune 160 darjah sahaja.

  Ni RESIPI asalnya....
Kek Mentega Keju
ni link nye : http://yatiememories.blogspot.com/2012/10/butter-cheesecake.html
  • 170 gm mentega 
  • 125 gm krim keju 
  • 250 gm gula kastor 
  • 5 biji kuning telur 
  • 210 gm tepung serbaguna } -guna tpng gandum pun boleh
  • 1½ camca teh serbuk penaik } diayak 
  • 2 camca teh vanila 
  • 5 biji putih telur 
  • 1/8 camca teh garam 
Cara membuat 
  1. Putar mentega dan krim keju hingga kembang dan pucat warnanya. 
  2. Masukkan sedikit demi sedikit gula, pukul. Ulangi hingga habis. 
  3. Bubuh sebiji demi sebiji kuning telur, putar sebati. 
  4. Masukkan pula tepung, pukul perlahan. Tambah vanila. Ketepikan dulu.
  5. Dalam mangkuk bersih yg lain, pukul putih telur hingga berbuih. 
  6. Masukkan garam, putar lagi. Bila kental, bubuh 1/3 ke dalam adunan tadi. 
  7. Kacau perlahan dan tambah lagi 1/3 bahagian. Ulang hingga habis. Kaedah kaup balik.
  8. Ratakan adunan ke dalam tin empatsegi 22 cm yang dialas kertas kalis minyak dan di sapu mentega.. 
  9. Bakar pada 170 C selama 1 jam atau hingga masak. 
  10. Keluarkan, biar atas redai 10 minit sebelum dikeluarkan dari tin.

No comments:

Post a Comment